Tuesday, October 4, 2011

Sejarah Sekolah

Pandangan Hadapan

Guru SK Bukit Putera tahun 2008
Bangunan Kelas Bangunan Asal


Tapak Perhimpunan dan Parking Kereta

Pemandangan Dari Padang Sekolah

Pintu Masuk Utama
Sejarah Sekolah Kebangsaan Bukit Putera bermula dengan pakatan yang diketuai oleh  Pak Su Ka (Abu Bakar Bin Hasan)Sebagai Ketua Kampung. Bangunan sekolah didirikan secara gotong-royong kerana inginkan rakyat yang celik huruf dan berilmu. Atas persetujuan En. Othman Bin Besar atas tanah rintahan kebunnya mereka dijadikan tapak sekolah pada tahun 1968. Pada tahun 1968 Cikgu Abd. Razak Bin Chik merupakan Guru  Besar pertama dan 2 guru untuk mengajar murid dengan enrolmen murid 15 hingga 20 orang sahaja. P & P dijalankan secara kelas bercantum. Pada tahun 1975, penduduk kampung merasa lega kerana tenaga pengajar bertambah menjadi 6 orang dan 80 murid. Pada tahun 1987  sebuah lagi bangunan 3 bilik dan sebuah kantin dibina untuk memberi keselesaan kepada pelajar untuk belajar. Pada alaf baru memasuki tahun 2006, SKBP masih dengan  kekayuannya namun masih mampu menampung 14 orang guru dan 165 orang murid.Pada tahun 2011 Sk. Bukit Putera telah berpindah ke bangunan baru dengan mendapat berbagai kemudahan masa kini.

No comments:

Post a Comment