Wednesday, February 15, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sk Bukit Putera 2012

Pada hari Rabu 15 Februari 2012 telah dijalankan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Ceramah oleh Ustaz Zaini, Tayangan Filem Animasi 'Muhammad Utusan Terakhir", Kuiz dan Bacaan Selawat beramai-ramai.

Thursday, February 9, 2012

Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Ceramah Ibubapa SKBP 2012













Pada 8 hb Februari 2012, Majlis Bacaan Yaasin, Solat Hajat dan Ceramah Ibubapa telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Putera. Majlis bermula pada pukul 7.30 malam iaitu Solat Maghrib berjemaah, kemudian Solat Hajat  dan seterusnya Bacaan Yaasin memohon keberkatan supaya murid-murid sekolah ini dapat belajar dengan tenang dan dapat memberikan keputusan yang baik dalam peperiksaan. Setelah selesai solat Isyak, para ibu bapa telah dijamu dengan makanan yang dimasak sendiri oleh guru-guru dan kakitangan sekolah dan Ceramah Motivasi Keibubapaan bermula pada pukul 9.30 malam yang disampaikan oleh Hajah Wan Nasiah Bt Wan Abdul Majid. Beliau merupakan seorang kaunselor berdaftar dan bertugas di PPD Setiu. Banyak ilmu yang diperolehi antaranya memeluk anak setiap hari sambil membisikkan kata-kata yang positif, memberi peluang untuk anak meluahkan perasaan, menjaga pemakanan dan memberikan tunjuk ajar supaya dapat dicontohi oleh anak . Majlis berakhir pada pukul 11.00 malam.